si gadis sedar...
dia terlupe.
dirinya seorang,
memandang si
teruna.
di balik lelaki arab di hadapannya,dia masih terpaku. dia masih
berdiri, memegang erat lelaki di sebelahnya.
matanya masih terpaku, walau
tangannya telah tererat.
bersalahkah dia? memandang insan lain,
sedangkan di sebelahnya adalah insan yang lain?
lelaki itu memandang ke
lantai LRT yg mereka naiki. walau pandangan si gadis terlindung, wajah lelaki
itu masih jelas.
aisyah tau, rasa yang dia rasakan pada waktu dan ketika ini,
adalah sama seperti mana dia rasa pada waktu dahulu.
10 tahun
dahulu....
"miss, you left you bag."
"thank you".
aisyah masih
ingat waktu itu. dia tergesa-gesa meninggalkan kaunter bayaran. sms diterima
mengelirukannya.
beg itu, tersimpan barang paling berharga yang aisyah
miliki pada masa itu. sebuah buku karya Amran Kassim, novelis
terkenal zaman
remajanya. boleh dikatakan, Amran Kassim sepopular A Rahman Hassan di zaman ibu
dan bapanya, jika mahu dibandingkan.
tanya saja kepada sesiapa sahaja,
dari penjual ikan di pasar sehingga ke menteri dan dato' serta datin, nama Amran
Kassim sungguh
popular. jika A Rahman Hassan dikurnia Dato' atas
penglibatannya dalam industri seni tanah air, Amran Kassim
terkenal di
seluruh Malaysia kerana dia adalah satu-satunya novelis merangkap jutawan pada
nama yang menemui ajalnya di tali gantung ekoran novelnya sendiri yang menjadi
bukti kepada satu pembunuhan seorang menteri.hari itu,
adalah hari di mana
Amran Kassim menjalani hukuman gantung sampai mati.
Amran Kassim adalah
seorang insan biasa. Yang hidup sehari-harinya dipenuhi dengan kertas dan buku,
pen hitam dan merah.
pada waktu siang, dia adalah Amran Kassim seorang guru
geografi. pada malamnya, dia adalah Amran Kassim seorang penulis.
Amran
Kassim di waktu siangnya sangatlah berbeza dengan Amran Kassim pada waktu
malamnya. Amran Kassim sangat pendiam dan kurang mesra dengan anak
muridnya.
semua pelajarnya gerun melihat Amran Kassim. matanya cemeh sebelah,ada parut
jelas di dahinya. tapi, bukan itu yang membuatkan dia
digeruni. dia digeruni
kerana dia seakan mampu untuk membaca fikiran anak-anak tersebut. mereka
menjauhi Amran Kassim kecuali waktu kelas dan jika ada
tugasan untuk
diselesaikan bersamanya sahaja. sekiranya mereka di dalam kelas, mereka menjadi
sangat berdisplin dan menurut perintah. mereka menjadi gerun
dan kadangkala
menjadi takut walau hanya untuk berkata dalam hati.
pada waktu malam,
Amran Kassim seorang yang relaks dan menikmati zaman bujangnya dengan menghadiri
kelas muzik.
kini, Amran Kassim berada di hadapannya!
benarkah lelaki
itu adalah Amran Kassim,....?
[[SIAPAKAH AMRAN KASSIM DI MATA AISYAH?]]